Tuesday, 18 December 2012

Tugasan 2 - Santhakumari



Training Technology and Vocational education teachers in Nigeria : Problems and prospects

SANTHAKUMARI (MP111158)

Pengenalan
Penguasaan kemahiran mengajar merupakan syarat yang wajib untuk membentuk
seseorang guru menjalankan tugasnya dengan berkesan dan professional. Di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, konsep pendekatan, kaedah, teknik dan strategi kerap kali
digunakan. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan
pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan
menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar.
Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi meransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga
harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta
dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Namun begitu terdapat beberapa masalah proses pengajaran yang timbul di kalangan guru pendidikan teknik vokasional.
Review
            Menurut kajian yang dijalankan oleh Uwaifo (2009), terdapat bebarapa masalah yang dihadapi oleh guru-guru di Negeria semasa proses pengajaran Pendidikan Teknik Vokasional. Antara masalah-masalah yang dikenalpasti ialah:
  • Masalah sosial di kalangan pelajar yang berlaku disebabkan keciciran pelajar dari sekolah
  • Staf sokongan yang bekerja di bengkel yang mempunyai taraf kelayakan yang rendah dan kurang cekap.
  • Masalah kewangan dimana tiada peruntukan yang mencukupi dari kerajaan menyebabkan tiada peralatan yang dapat digunakan untuk proses pengajaran Pendidikan Teknik Vokasional. Ada juga peralatan mesin dan jentera yang tidak di pasang dalam bengkel kerana tiada peruntukan dari kerajaan.
  • Program latihan dan kursus yang diberi kepada guru Pendidikan Teknik Vokasional tidak selari dengan perkembangan teknologi semasa da nada sesetengah guru tidak pernah menghadiri latihan.
  • Faktor guru itu sendiri dimana guru tidak mempunyai kemahiran, pengetahuan dan teknik pengajaran yang menarik.
  • Faktor sekolah itu sendiri dimana mempunyai perspsi negatif terhadap pendidikan teknik vokasional dimana tiada promosikan potensi PTV.
  • Masalah Pengurusan dari aspek perancangan dan pelaksanaan program PTV.
Critique
            Jika dilihat dalam konteks Malaysia, guru-guru PTV sungguh bernasib baik kerana dapat menjalankan proses pengajaran tanpa sebarang masalah. Ini kerana kerajaan Malaysia merupakan penyokong utama dalam memartabatkan pendidikan teknik dan vokasional.
 Guru-guru PTV  di Malaysia telah diberi pendedahan untuk mengikuti kursus atau latihan yang terkini yang dianjurkan oleh kerajaan dengan kerjasama pihak industri seperti Sijil Kemahiran Malaysia dan juga latihan industri. Di samping itu kerajaan menjadi agen utama dalam menyokong pelaksanaan program PTV. Pelbagai langkah dan strategi telah disusun dengan begitu baik sekali untuk memantapkan pendidikan teknik dan vokasional.Sejak pembentangan usul RMK-10, kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengorak langkah drastik dan bersifat pragmatik ke arah mengangkat martabat pendidikan vokasional sebagai ‘pemain utama’ dalam sektor pendidikan negara pada masa depan. Negara sangat memerlukan modal insan yang memiliki ilmu pengetahuan dan kemahiran tinggi dalam bidang vokasional kerana keperluan pasaran yang semakin mendesak khususnya dalam sektor industri (Ahmad Tajudin, 2010).
Program Transformasi pendidikan vokasional merupakan usaha merekayasa (reengineering) sistem pendidikan vokasional sedia ada sehingga terbina sistem pendidikan vokasional baharu yang dapat menyumbang kepada agenda transformasi Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi (KPM 2011). Antara matlamat transformasi pendidikan vokasional yang telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri ialah mewujudkan sistem pendidikan vokasional baharu digerakkan oleh sumber manusia yang responsif kepada pelbagai inisiatif kerajaan dan berkolaborasi dengan industri bagi menginovasi pengajaran dan pembelajaran yang berupaya menghasilkan tenaga kerja mahir dan usahawan yang berdaya saing, memiliki kelayakan dan kemahiran yang diiktiraf, berwatak profesional dan diterima oleh pasaran kerja.

Kesimpulan.
            Guru PTV di Malaysia haruslah berbangga dengan galakkan yang diberikan oleh kerajaan ke atas pendidikan teknik dan vokasional jika dibandingkan dengan negara Nigeria. Justeru itu peluang ini perlulah diambil iktibar oleh setiap warga pendidik PTV dalam menjayakan proses pengajaran yang berkualiti agar matlamat kerajaan ke atas pelaksanaan PTV di Malaysia dapat dicapai.

Rujukan
Uwaifo (2009). Training technology and vocational education teachers system in Nigeria:
                    Problems and Prospects : Ambrose Alli University Nigeria.
Ahmad Tajudin ( 2010). Rekabentuk universal kurikulum Pendidikan Teknik Vokasional :  
                    Universiti Tun Hussein Onn.
Transformasi Pendidikan Voctech-BPTV. KPM(2010) : Kuala Lumpur.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...