1 Department of Vocational and Technical Education, Faculty of Education, University of Benin, Benin Correspondence: Igbinedion, V. I., Department of Vocational and Technical Education, Faculty of Education University of Benin, Benin City, Edo State, Nigeria.)
Artikel
ini membincangkan tentang ketidakselarian pelajar TVET dengan pekerjaan yang
diperlukan di Nigeria. Perkara ini berlaku disebabkan oleh kurangnya pendedahan
pengetahuan pemilihan kerjaya di kalangan masyarakat. Oleh yang demikian, Perkhidmatan
Maklumat Pendidikan Kerjaya dan Pekerjaan ditubuhkan.
Tujuan
penubuhan , Perkhidmatan Maklumat Pendidikan Kerjaya dan Pekerjaan ialah untuk
mengurangkan kadar pengangguran dan kemiskinan yang berlaku di Nigeria. Ini
kerana, ekonomi tidak dapat dibangunkan dengan lancar tanpa kemahiran yang
bersesuaian dengan hasil yang ada di dalam sesebuah negara . Di sinilah pentingnya badan seperti
Perkidmatan Maklumat Pendidikan Kerjaya dan Pekerjaan untuk member pendedahan
kepada pelajar apakah bidang yang bersesuaian dengan kehendak sektor pekerjaan pada
masa akan datang.
Langkah-langkah
yang perlu dilaksanakan dalam memberi pendedahan atau khidmat kerjaya kepada
pelajar khususnya dan masyarakat amnya, ialah dengan mengadakan karnival
kerjaya,mengadakan lawatan tapak atau lawatan kerja, member latihan industry
kepada pelajar, bantuan audio-visual, pusat maklumat kerjaya,permainan
kerjaya,dan simulasi tentang pekerjaan yang ditawarkan.
Pandangan
Penulis
Pada
pandangan saya, penubuhan badan yang memberi nasihat mengenai pendidikan dan
kerjaya adalah sangat penting .
Penglibatan badan ini perlu di lakukan di peringkat sekolah rendah lagi kerana
di situ, pelajar boleh menentukan minat atau kecenderungan mereka dalam apa jua
bidang yang sesuai. Pelajar harus diberi pendedahan dari peringkat awal lagi
supaya mereka tidak silap memilih bidang pengajian dan akhirnya, apabila masuk
ke alam pekerjaan baru menyedari kerjaya tidak sesuai dengan minat
masing-masing.
Selain
itu, badan penasihat pendidikan dan kerjaya perlu sentiasa melakukan kesedaran
dan membuat kajian keperluan pekerjaan yang diperlukan pada masa akan datang
supaya tidak berlaku lambakan pekerjaan . Enrolmen sebenar jangkaan pekerja
yang diperlukan dalam jangka masa lima hingga sepuluh tahun akan dating perlu
sentiasa dikemaskini . Ini penting agar keperluan pekerjaan berada selari
dengan pelajar yang dihasilkan mengikut bidang-bidang tertentu yang diperlukan.
Artikel
ini juga ada menyebut bahawa persepsi masyarakat Nigeria terhadap pelajar
bidang TVET berbeza dengan bidk professional seperti jurutera,doctor dan
peguam. Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab badan penasihat kerjaya dan
endidikan untuk menyedarkan masyarakat tentang bidang teknik dan vokasional
adalah penyumbang terbesar kepada sosio ekonomi negara.
Oleh
sebab itu,pendidikan teknik dan vokasional perlu dibuat lebih relevan keperluan
individu dan masyarakat .Selain itu, ibu
bapa perlu member kebebasan kepada anak supaya dapat memilih kerjaya dan bidang
yang diminati.
NOR AZLINA BINTI PUTEH
MP101114
No comments:
Post a Comment