SOURCE:Training
Technology And Vocational Education Teachers For The New 9-3-4 Education System
In Nigeria: Its Problems And Prospects (V. O. Uwaifo* and I. U. Uwaifo
Department of Vocational and Technical Education, Ambrose Alli University, Ekpoma, Edo State, Nigeria,2009)
Kertas ini ditulis untuk menentukan masalah yang
biasa yang berlaku didalam bidang pendidikan perguruan TVET di dalam pelbagai
bidang kursus di Nigeria, yang memberi kesan pegajaran dan impak terhadap pengetahuan kakitangan terlatih kepada
generasi baru di sekolah-sekolah tinggi di seluruh negeri dan seterusnya.
Ia juga mencadangkan penyelesaian bagi mengatasi masalah
yang biasanya dihadapi semasa proses latihan dan membuat cadangan kerja-kerja
seperti manusia untuk pembangunan pesat.
Di
Nigeria, guru adalah dianggap golongan yang penting. Latihan guru-guru di
Nigeria biasanya akan dilakukan dalam dua kategori iaitu latihan di Kolej
Pendidikan Nigeria dan juga di Politeknik dan di unversiti yang melibatkan
sains, teknikal ,dan pertanian.
Terdapat
beberapa isu yang berlaku terhadap guru-guru TVET di kolej, politeknik mahupun university .
Antaranya ialah :
i.)
kerelevenan bidang yang di ambil oleh guru tersebut
dengan tahap TVET di sekolah menengah.
ii.)
Sejauh mana program di kolej pendidikan,politeknik
dan university di semak dan siapakah yang bertanggungjawab menyemak silibus
pelajaran
iii.)
Bagaimana program pendidikan ini dinilai untuk
memastikan bakal guru ini memenuhi keperluan yang diperlukan
iv.)
Siapakah yang bertanggungjawab menyediakan kemudahan
yang diperlukan di dalam insitusi
v.)
Bagaimana bakal guru ini akan menunjukkan prestasi
yang berkesan apabila masuk kea lam pekerjaan nanti
Masalah yang biasa dihadapi oleh bakal guru-guru
TVET ialah pandangan masyarakat yang sentiasa berpandangan bahawa bidang TVET
adalah bidang yang tidak berkualiti. Selain itu, masalah kewangan juga
merupakan masalah utama di dalam pusat latihan guru. Sepertimana yang kita
tahu, bidang teknikal memerlukan keperluan dan kemudahan yang banyak dan mahal.
Ini kerana teknologi semakin hari semaking canggih, jadi dana ekonomi untuk
mendapatkan sumber kewangan untuk menampung perbelanjaan pendidikan TVET memberi
masalah kepada negara Nigeria. Apabila sukar mendapatkan kewangan yang kukuh,
jadi keperluan peralatan di dalam institusi teknikal tidak mencukupi dan membantutkan
proses pembelajaran. Masalah pentadbiran kerajaan juga memberi masalah kepada
pendidikan TVET disebabkan oleh kurangnya perancangan yang strategic.
Di Nigeria, pendidikan TVET seolah-olah diabaikan
oleh kerajaan kerana sentiasa diberi dana yang paling sedikit berbanding dengan
bidang pendidikan yang lain.
Pandangan
Penulis
Setelah membaca artikel ini beberapa kali, saya
berpendapat bahawa masalah utama yang berlaku kepada institusi pendidikan TVET
ialah disebabkan kesedaran kerajaan itu sendiri. Sekiranya kerajaan berani
untuk melaburkan sejumlah wang ke dalam bidang pendidikan TVET, semua masalah
akan selesai. Ini kerana, bakal guru dapat belajar amali dan praktikal tentang
teknologi yang akan di dedahkan kepada pelajar-pelajar akan datang.
Kerajaan perlu sedar bahawa pendidikan TVET sangat
penting di dalam sesebuah Negara kerana bidang ini adalah penyumbang kepada
sumber tenaga sesebuah Negara. Sekiranya sesebuah Negara mempunyai hasil bumi
atau hasil asli yang banyak, tetapi tiada usaha untuk menjadikan hasil yang ada
sebagai sumber ekonomi utama Negara, bermakna hasil yang ada hanya sia-sia.
Selain itu, kerajaan juga perlu sentiasa memberikan
kesadaran kepada masyarakat tentang bidang TVET sebenarnya bukanlah bidang
kelas bawahan. Jadi, masalah persepsi negative masyarakat akan dapat
diselesaikan dengan usaha yang dilakukan oleh kerajaan.
Bukan itu sahaja, masyarakat juga perlulah optimis
dalam memartabatkan bidang TVET. Yang paling penting ialah pihak kerajaan,
swasta dan masyarakat perlu menggembeling usaha dan tenaga dalam membangunkan
pendidikan TVET kerana bidang ini merupakan sumber ekonomi utama Negara-negara
maju yang lain.
No comments:
Post a Comment