Image and student loyalty
towards Technical and Vocational Education and Training
SANTHAKUMARI
(MP111158)
Pengenalan
Proses pembangunan sumber manusia sesebuah
negara berkait rapat dengan sistem pendidikan negara tersebut. Memandangkan negara
kita menumpukan pembangunan ekonomi yang berteraskan industri dan teknologi
maka harapan yang tinggi diletakkan terhadap peranan bidang pendidikan teknik
dan vokasional. Keupayaan sistem pendidikan teknik dan vokasional ini untuk
dilaksanakan dengan jayanya supaya dapat melahirkan bakal-bakal pekerja yang
berdaya saing agar dapat merealisasikan wawasan negara bagi mencapai sebuah
negara maju. Tidak dapat dinafikan pendidikan teknik dan vokasional merupakan
penyumbang utama dalam menjadikan impian kerajaan mencapai status negara maju
tetapi malangnya masih ada pihak yang mempunyai persepsi negatif terhadap
pendidikan teknik dan vokasional ini.
Review
Menurut
kajian yang dijalankan oleh Abd Hair Awang (2011), terdapat tiga pihak yang
mempengaruhi persepsi pelajar terhadap
pendidikan teknik dan vokasional. Pihak-pihak tersebut ialah ibubapa,
kaunselor dan guru di sekolah serta pendapat pelajar itu sendiri. Pihak-pihak
ini memberi persepsi yang negatif terhadap pendidikan teknik dan vokasiona
seperti taraf kelayakan yang rendah, sesuai untuk pelajar yang tercicir dari
sekolah dan bagi pelajar yang tidak dapat menghadapi cabaran dari kurikulum
sekolah. Kesemua persepsi ini mempengaruhi keputusan pelajar dalam memilih
aliran pendidikan teknik dan vokasional.
Kajian yang sama
juga mendapati persepsi ini dapat diukur dalam tujuh dimensi iaitu:
·
Nilai sosial masyarakat
·
Taraf kelayakan yang
rendah
·
Kreadibiliti dan
kelayakan tenaga pengajar
·
Kandungan
kursus/program
·
Kemudahan latihan dan
peralatan
·
Pengiktirafan yang
diberikan misalnya PTV kurang diiktiraf dari pihak industri, universiti
antarbangsa.
·
Potensi kerja masa
depan Misalnya pihak industry yang masih mementingkan pendidikan umum sebagai
syarat utama untuk memohon sesuatu pekerjaan.
·
Etika kerja dimana PTV
gagal melahirkan pekerja yang mempunyai kemahiran komunikasi dan yang berminat
dalam bidang keusahawanan.
Strategi yang
dicadangkan oleh pengkaji untuk menaiktarafkan PTV ialah:
·
Filem dokumentari yang
memaparkan kejayaan lepasan PTV
·
Pameran atau ekspo PTV
di dalam peringkat daerah atau negeri
·
pendidikan teknik dan
vokasional. Melahirkan sumber manusia yang berkualiti dari aspek pengetahuan,
keupayaan, berinovasi, mempunyai etika kerja standard dan mempunyai nilai-nilai
sosial.
·
Pengiktirafan lepasan
pendidikan teknik dan vokasional dari pihak kerajaan dan industri.
Critique
Negara-negara yang sedang dalam
proses membangun seperti Malaysia,Thailand, Indonesia perlulah mencontohi
negara-negara maju seperti Singapura dan negara European Union, dimana kemajuan
pendidikan teknik dan vokasional di Negara-negara ini telah membantu
pembangunan ekonomi negara tersebut. Salah satu kajian yang dijalankan di
European Union menunjukkan 92% masyarakatnya mempunyai persepsi positif ke atas
pendidikan teknik dan vokasional dan
masyarakatnya mempercayai PTV merupakan penyumbang utama dalam kemajuan ekonomi
negara (Directorate General Education and Culture,2011).
Jika dilihat daripada kajian Khadijah
Alavi (2011),ibubapa yang mempunyai taraf pendidikan yang rendah kurang
memahami konsep PTV. Ibubapa perlu diberi pendedahan dahulu tentang potensi PTV
supaya mereka dapat memberi sokongan kepada anak-anak mereka. Misalnya di
Negara European Union penjaga menyumbang
80% dalam pemilihan aliran PTV ke atas masa depan pendidikan anak-anak mereka (Directorate
General Education and Culture,2011).
Di samping itu, pengkaji kurang menyentuh
tentang nama “Vokasional” itu sendiri yang memberi satu gambaran yang negatif
dari dulu lagi. Justeru itu penjenamaan perlulah dilakukan ke atas sekolah
vokasional. Oleh itu kerajaan perlu mengambil iktibar untuk menukar nama
tersebut supaya satu imej yang baru dapat dibentuk. Menurut UNESCO (2003), yang
mencadangkan nama TVET ditukar kepada
“skills and Knowledge Development for Employability”.
Pengkaji hanya menyatakan strategi
dimana kerajaan perlu memainkan peranan untuk menarik lebih ramai belia
terlibat dalam PTV tetapi bagaimana kerajaan perlu menjayakan strategi
tersebut? Di sini peranan guru/kaunselor sekolah memainkan peranan penting
dimana memastikan pelajar tingkatan 5 khasnya mempunyai pengetahuan yang cukup
tentang potensi PTV. Senario kebiasan perlu diubah di sekolah dimana selalunya
diadakan pameran pendidikan dan kerjaya bagi aliran akademik perlu diubah
kepada pameran dan kerjaya aliran pendidikan teknik dan vokasional. Di samping
itu pengkaji tidak juga menyentuh tentang peranan pihak industry dalam
memartabtkan PTV. Dimana kerjasama antara Kementerian Pelajaran dengan industri
perlu diadakan dengan kerap sekali supaya satu kurikulum PTV yang baru dapat
dirangka dengan penglibatan pihak industri agar dapat menyusun satu kurikulum
yang komprehensif bagi program latihan pendidikan teknik dan vokasional.
Rujukan
Abd Hair Awang
(2011). Image and student loyalty towards Technical and Vocational
Education and Training : Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Khadijah Alavi
(2011). Work Esteem and Re-Branding of Technical Education and
vocational Training from the
perspective of parents and teacher: UKM.
Report :
Directorate –General Education and Culture (2011). Attitudes towards
vocational education and training.
No comments:
Post a Comment