Wednesday, 2 January 2013


Ulasan Artikel  1

Oleh  :
Maslinda binti Mat Daros
MP101396
Universiti Teknologi Malaysia


Tajuk Artikel               :           Globalization and Technical and Vocational Education in
Africa: Challenges and Opportunities  Implications of Globalization of Curriculum Design Technical and Vocational Education
 Penulis                        :           Gabriel S. Konayuma
                       


Pengenalan 

            Globalisasi digambarkan sebagai perubahan dalam sistem ekonomi. Ia  juga dijanakan oleh perubahan kemudahan informasi,  pusingan modal, penghijrahan manusia, buruh, barangan dan perkhidmatan merentas antarabangsa. Di Afrika berlaku pertembungan keperluan peningkatan kemahiran untuk membasmi kemiskinan dan kemahiran untuk persaingan global. Negara Afrika juga menghadapi cabaran globalisasi yang memberi kesan penting dan implikasi terhadap perlaksanaan  pendidikan teknik dan vokasional. Cabaran-cabaran ini termasuklah rekabentuk kurikulum, kaedah latihan, inovasi dalam pedagogi dan penggunaan sumber .




Informasi Latar Belakang Afrika

            Persekitaran ekonomi baru di benua Afrika berlaku apabila berlakunya perubahan polisi dan politik. Perubahan politik juga membuka peluang ekonomi yang lebih baik. Kebanjiran konsep kebebasan dan pengswastaan telah merebak ke seluruh benua.

            Secara geografi, Afrika merupakan benua kedua besar di dunia dan meliputi 20% luas tanah dengan keluasan 30 367 kilometer persegi. Afrika juga merupakan penyimpan mineral terbesar dunia di mana petroleum, bauksit, uranium, kuprum, fosforus, besi, mangan, kromium, kobal, platinum dan titanium.  Merupakan  pengeluar terbesar petroleum dan gas di dunia. Berlian dan emas juga dikeluarkan di sini.

           
Rekabentuk Kurikulum Pendidikan Teknik dan Vokasional di Zambia

            Rekabentuk Kurikulum Pendidikan Teknik dan Vokasional di Zambia dilaksanakan menggunakan campuran jurulatih  pendidikan teknik dan vokasional, pegawai  industri, pegawai professional dari Jabatan Pendidikan Teknikal, Vokasional dan Keusahawanan dan juga kementerian kerajaan. Kurikulum dibrntuk berdasarkan untuk berbagai program meliputi bidang pembinaan, fesyen dan jahitan, teknologi informasi dan komunikasi, kerja kayu, hospitaliti dan pelancongan serta banyak lagi bidang. Bila berlakunya perubahan dan kehendak baru, kurikulum akan diubah dan dibina beasaskan latihan yang diperlukan. TEVETA akan menguruskan rekabentuk kurikulum dan memantau proses dengan menyelia pasukan yang membangunkan kurikulum dan memberi bimbingan. Kurikulum dibina berdasarkan profil pekerjaan untuk berbagai tahap latihan kemahiran yang kemudiannya digunakan juga untuk membangunkan  kurikulum dengan hasil seperti pelatih yang dikehendaki di akhir program.

            DACUM (Develop a Curriculum) dan SCID (Systematic Curricula Instructional Design) digunakan bersama untuk membangunkan kurikulum. Kurikulum juga dibina dalam dua peringkat iaitu kebangsaan dan tempatan. Kurikulum kebangsaan digunakan oleh pelatih dari seluruh wilayah di Zambia manakala kurikulum tempatan digunakan di komuniti masing-masing untuk memenuhi latihan yang diperlukan.

            Untuk kurikulum kebangsaan mereka berusaha untuk memastikan visi kebangsaan dan pelan tidak dikorporatkan. Ini untuk memastikan sektor ekonomi yang utama seperti perlombongan, pertanian dan pelancongan diselia secara kerap. Walaupun kurikulum kebangsaan dibina oleh TEVETA, institusi pendidikan teknik dan vokasional juga menggunakan kurikulum kebangsaan yang dibina di United Kingdom. Tetapi beberapa bantahan dibuat apabila program tempatan yang ditawarkan menekankan r pasaran di Ambia. Ini menunjukkan rakyat Zambia lebih tertarik kepada program luar tanpa melihat keperluan negara mereka. Termasuklah institusi yang menawarkan program-program yang tidak melihat samada pelatih-pelatih yang
tamat pengajian akan dapat bekerja atau pun tidak. Jelas terbukti program-program luar tidak memenuhi keperluan rakyatdan negara Afrika.

Implikasi Globalisasi kepada Pendidikan Teknik dan Vokasional

            Impikasi-implikasi globalisasi dalam pendidikan teknik dan vokasional :

1)      Penggabungan subjek
Kemahiran baru seperti keusahawanan, kemahiran komukasi dan pengurusan mesti
disuntik ke dalam kurikulum pendidikan teknik dan voksional. Ini untuk memastikan pelatih yang telah tamat mengikuti program dapat masuk ke pasaran kerja dengan kemahiran yang lebih dari kemahiran pekerjaan itu sendiri. Jika mereka tidak mahu bekerja di industri, sekurang-kurangnya mereka mempunyai kemahiran untuk membuka perniagaan sendiri.

2)      Globalisasi memerlukan kemahiran tinggi dalam pendidikan teknik dan vokasional untuk pelatih. Ini untuk memastikan kemahiran tidak tertumpu kepada kemahiran tradisional sahaja tetapi juga harus membangunkan kemahiran tahap tinggi untuk persaingan ekonomi global.

3)      Rekabentuk kurikulum pendidikan teknik dan vokasional mesti fleksibel. Pelatih yang berlainan latar belakang dari segi sosial, ekonomi, teknologi, pengetahuan dan kemahiran mesti diambil kira semasa membangunkan kurikulum. Rekabentuk kurikulum pendidikan teknik dan vokasional juga harus menekankan kepada pengiktirafan pembelajaran tersebut dan memastikan pelatih tidak mengambil subjek atau modul di mana pengetahuan atau kemahiran yang telah dicapi.

4)      Isu semasa seperti HIV dan Aids, jantina, kurang upaya dan persekitaran mesti diambilkira sebagai sebahagian daripada rekabentuk kurikulum pendidikan teknik dan vokasional .

5)      Menangani masalah lambakan produk murah di Afrika. Cabaran yang perlu dihadapi oleh tenaga mahir di Afrika, contohnya tukang kayu, di mana mereka harus bersaing dengan perabut plastik yang jauh lebih murah. oleh sebab itu pembangunan kurikulum pendidikan teknik dan vokasional mesti menitik beratkan pengurusan perniagaan, peluang perniagaan dan strategi pemasaran untuk terus kekal dalam persaingan pasaran global.

Cadangan / komen / pendapat

1)      Kerajaan dan Pembangun kurikulum
-          Setiap kerajaan dan pembangun kurikulum seharusnya memerhati kekayaan sumber di negaranya. Contohnya, Afrika telah dikenali sebagai negara pengeluar petroleum dan gas, sepatutnya pendidikan teknik dan vokasional di negara itu membangunkan kurikulum yang bersesuaian seperti subjek “oil and gas”.
-          Dana untuk membangunkan pendidikan teknik dan vokasional perlu dipertingkatkan kerana bidang teknik dan vokasional mampu memberi saingan kepada bidang-bidang lain.
-          Kurikulum lama perlu dikaji dan dinilai semula supaya lebih relevan dengan kehendak pasaran semasa

2)      Pemberi Latihan
-          Mestilah mempunyai hubungan yang kuat dan baik  dengan industri

3)      Rakan kongsi
-          Rakan kongsi perlu untuk member dana dan cadangan untuk pendidikan teknik dan vokasional.

Cabaran Globalisasi di Malaysia

            Malaysia telah keluar dari “title” negara  membangun. Ini adalah kerana pembangunan
Teknik dan Vokasional telah berjaya melahirkan tenaga kerja mahir di kalangan rakyat. Banyak institusi kemahiran di Malaysia telah membangun menjadi institusi yang mengeluarkan ramai tenaga mahir. Tenaga mahir ini pula dikeluarkan melalui pembangunan kurikulum pendidikan teknik dan vokasional.
            Melalui 5 Koridor Malaysia, kerajaan telah memperuntukan senarai pekerjaan mengikut sumber yang terdapat di setiap koridor. Dan apabila kita lihat penubuhan Kolej Vokasional, senarai kursus yang ditawarkan juga sesuai dengan peluang pekerjaan yang ditawarkan di koridor Malaysia.
            Kurikulum pendidikan teknik dan vokasional yang dibangunkan di Malaysia sekarang di harap dapat menjadikan Malaysia negara yang mampu menangani cabaran globalisasi dunia.

Rumusan

            Apabila dibandingkan sistem pendidikan teknik dan vokasional Afrika dan Malaysia, Nampak jauh perbezaan di mana kurikulum yang dibangunkan di Malaysia lebih baik dan lebih menjurus kepada keperluan dan sumber yang ada di Malaysia. Jadi bolehlah dirumuskan bahawa rekabentuk kurikulum juga perlu melihat keperluan semasa negara dan dunia global, juga perlu  melihat keperluan dan kehendak rakyat serta sumber yang ada di sesebuah negara.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...