Wednesday, 16 January 2013

TRAINING TECHNICAL AND VOCATIONAL EDUCATIONS TEACHERS FOR THE NEW 9-4-3 EDUCATION SYSTEM IN NIGERIA: ITS PROBLEMS AND PROSPECTS


TRAINING TECHNICAL AND VOCATIONAL EDUCATIONS TEACHERS FOR THE NEW 9-4-3 EDUCATION SYSTEM IN NIGERIA: ITS PROBLEMS AND PROSPECTS
Disediakan Oleh
MAZIATUL AZWAN BINTI ABDUL RAHIM
(MP111393)
MASTER OF VOCATIONAL EDUCATION (MPV)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PENSYARAH: DR. AMIRMUDIN BIN UDIN

1.0          Pengenalan
Corak latihan institusi Pendidikan Teknikal dan Vokasional di Nigeria mempunyai masalah tetapi tidak dapat medapat perhatian sejak beberapa tahun lalu. latihan yang tidak efektif di institusi pengajian tinggi menjejaskan latihan yang dipupuk untuk golongan muda di Kolej teknikal dan vokasional. Kertas ini adalah bertujuan untuk mengkaji keperluan-keperluan latihan yang diperlukan di dalam bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional, alasan latihan diperlukan yang lebih kukuh, corak latihan, mod dan kaedah, menentukan isu-isu untuk penyediaan guru, mengenalpasti masalah dalam latihan dan cuba mengatasinya di institusi pendidikan. Ini jelas menunjukkan latihan dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional amat diperlukan agar mereka dapat menghadapi matlamat-matlamat program yang mencabar selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara (2004).

2.0          Perbincangan
Di Nigeria, guru memainkan peranan yang penting di dalam masyarakat dan sekolah. Kerana itulah latihan untuk para guru selalu menjadi keutamaan kepada kerajaan. Guru-guru diharap menyembuhkan penyakit masyarakat melalui sekolah. Ini kerana masa depan negara terletak ditangan guru yang berkaliber kerana kualiti yang mereka miliki dan pamerkan hari ini akan mencerminkan tingkah laku rakyat pada masa depan. Latihan guru Pendidikan Vokasional dan Teknikal akan dipersiapkan dengan kemahiran yang cukup, pengetahuan dan potensi yang diperlukan untuk kemajuan teknologi agar mampu menyampaikannya kepada pelajar.
Masalah utama yang dihadapi dalam latihan guru Pendidikan Teknikal dan Vokasional di Nigeria adalah masalah kewangan. Dana Pendidikan Teknikal dan Vokasional tidak mencukupi kerana sejumlah wang yang besar diperlukan untuk pengajaran yang berkesan. Ini berlaku kerana organisasi individu dan industri tidak mahu menyokong dan membiaya projek dan program Vokasional. Kekurangan peralatan menyebabkan guru tidak boleh menghasilkan rekaan yang saintifik atau teknikal dan dimana ada kemudahan peralatan, masalah kekurangan tenaga pakar berlaku kerana mereka memilih pergi ke industri untuk bekerja dan memperoleh gaji yang lebih lumayan. Masalah kewangan juga menyebabkan kerajaan sukar memberi lebih banyak latihan dan latihan semula kepada guru dan tenaga pengajar. Walaupun Ekonomi Nigeria banyak bergantung dengan minyak dan petroleum. Negara ini merupakan negara keenam pengeluar terbesar petroleum di dunia dan kelapan terbesar pengeksport petroleum dunia. Pentadbiran militant, rasuah, politik yang tidak stabil dan pengurusan yang lemah menyebabkan masalah kewangan timbul.
Masalah kewangan menyebabkan sumber fizikal dan bahan tidak mencukupi. Bengkel yang digunakan untuk latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional serba kekurangan. Tenaga pengajar juga adalah pakar yang tidak memiliki kemahiran pedagogi. Selain itu, kelemahan perancangan dan pentadbiran menjadi isu utama. Ini kerana pengurus teknikal tiada latar belakang dan latihan teknikal anti program Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Kekurangan staf yang berkelayakan juga menjadi masalah utama kerana guru yang berkemahiran tinggi bekerja di industri kerana gaji yang lebih lumayan. Masalah ini menyebabkan pensyarah di Jabatan Teknikal dan Vokasional perlu mengendalikan lebih daripada 2 kursus dalam satu semester.
Pengabaian Pendidikan Teknikal dan Vokasional berlaku kerana pihak yang bertanggungjawab memandang rendah terhadap kepentingan Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Mereka memperuntukkan perbelanjaan yang sedikit untuk Pendidikan Teknikal dan Vokasional  berbanding bidang lain. Ini berlaku kerana mereka beranggapan Pendidikan Teknikal dan Vokasional hanya untuk pelajar yang lemah dan tercicir sekolah. Guru juga kurang latarbelakang latihan kesan daripada masalah yang timbul. Mereka tidak pernah mengikuti kursus latihan semula untuk memperoleh kemahiran yang sesuai dengan perkembangan teknologi terkini.
Sekolah juga tidak menggalakkan dan memberi imej yang baik tentang Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Mereka cuba mengurangkan kos gaji pensyarah dengan menggabungkan kos pendidikan dengan fakulti kejuruteraan. Matlamat pendidikan kedua-dua bidang yang jelas berbeza walaupun mereka menggunakan peralatan dan mesin yang sama. Kerajaan Nigeria juga telah mengambil langkah yang betul tetapi hala tuju yang salah. Antara tahun 1981-1983 kerajaan Nigeria telah membeli banyak mesin dan peralatan yang menggunakan tenaga elektrik dari negara lain dan meletakkanya di sekolah. Masalahnya, tidak semua sekolah-sekolah di Nigeria mempunyai bekalan elektrik. Ini menyebabkan mesin dan peralatan ini terbiar using dan tidak digunakan. Kerajaan juga tidak lagi membeli peralatan dan mesin untuk sekolah-sekolah baru.
Pelaksanaan polisi yang lambat dan kurang pembiayaan menyebabkan graduan yang dihasilkan tidak mengikut keperluan dan kehendak industri dan perubahan teknologi dunia yang bergerak pantas. Penggunaan kurikulum yang lapuk dan tidak relevan memberi kesan kepada Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional guru tidak dibincangkan dalam artikel ini. Perkembangan kurikulum yang lemah berpunca daripada kekurangan pakar kurikulum dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Kandungan kurikulum juga mesti menyediakan dan menyatakan dengan jelas bidang pekerjaan apa yang sesuai dengan kemahiran praktikal akan diberikan. Tenaga pengajar dan guru juga tidak diberi peluang untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran. Ini menyebabkan mereka tidak dapat mengubahsuai kursus masing-masing mengikut keperluan pasaran. Ini menyebabkan timbul isu keberkesanan dan kemampuan guru dalam menyampaikan kandungan kurikulum.

3.0          Kesimpulan
Masalah Pendidikan Teknikal dan Vokasional yang berlaku di Nigeria berpunca daripada
masalah kewangan, kemudahan yang tidak mencukupi, kemahiran dan pengetahuan guru yang tidak selaras dengan perkembangan teknologi, tiada latihan dan latihan semula kakitangan, bilangan kakitangan yang tidak mencukupi, dan pengabaian oleh pihak politik dan penggubal undang-undang. Perancangan program tanpa pelaksanaan yang betul untuk mencapai hasil yang diingini adalah satu pembaziran masa dan sumber ekonomi.
            Semua masalah ini dapat diatasi jika pembuat polisi terdiri daripada manusia yang bertindak seperti kata-katanya iaitu ahli politik yang adil dan para pemimpin yang berlatarbelakangkan Pendidikan Teknikal dan Vokasional kerana mereka lebih arif tentang keperluan Pendidikan. Oleh itu, semua pihak yang berkepentingan perlu ada komitmen untuk membangunkan Guru Pendidikan Teknikal  Vokasional melalui latihan yang berkualiti. Pendidikan teknikal juga mesti diiktiraf dan diperjuangkan dengan bersungguh-sungguh agar kemajuan Nigeria dapat dicapai dan cabaran dapat diatasi.


RUJUKAN
Dr. Okunola , Dr. (Mrs.) Mademere dan Dr. Ogundiran. Panning Technical  And Vocational Education For
Youth Empowerment In Nigeria.
Lilly, Gloria and Efajemue (2011). Problems Of Vocational Teachers Education In Rivers State,
Nigeria. Proceedings of the 2011 International Conference on Teaching, Learning and Change.
Federal College of Education(Technical),Omoku, Nigeria
http://www.unicef.org/nigeria/1971_2199.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...