TECHNICAL
– VOCATIONAL EDUCATION AND TRAINING IN AFGHANISTAN,
AN
OVERVIEW
Disediakan Oleh
MAZIATUL
AZWAN BINTI ABDUL RAHIM
(MP111393)
MASTER
OF VOCATIONAL EDUCATION (MPV)
UNIVERSITI
TEKNOLOGI MALAYSIA
PENSYARAH
: DR. AMIRMUDIN BIN UDIN
1.0 Pengenalan
Artikel ini menceritakan tentang
Pendidikan Teknik dan Vokasional di Afghanistan selepas peperangan pada tahun
2002. Selepas peperangan tamat, kerajaan Afghanistan telah melakukan
pembaharuan dan penyusunan semula di semua peringkat dalam sistem pendidikan. Meskipun begitu,
kadar celik huruf masih berada di tahap rendah iaitu 21% sahaja. Dalam usaha
membuka semula institusi teknik dan vokasional, Pendidikan Teknik dan
Vokasional masih menghadapi pelbagai isu-isu yang serius dan kekurangan
sumber-sumber yang sangat penting.
2.0 Perbincangan
Terdapat beberapa kelebihan, faedah
dan cabaran yang perlu dihadapi dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional.
Antaranya ialah kos pendidikan dan latihan Teknik dan Vokasional agak kurang
berbanding kos latihan di universiti. Ia juga menawarkan pelbagai kelayakan
seperti sijil, diploma dan ijazah. Ia juga menawarkan pelbagai kursus dan
program. Kemasukan terbuka dan fleksibel menjadikan Pendidikan Teknik dan
Vokasional mudah diakses oleh pelajar dan anggota masyarakat pelbagai peringkat
umur. Ia juga mampu melahirkan graduan baru yang sesuai dan bersedia untuk
bekerja di industri mikro, kecil dan sederhana. Para pelajar yang mencapai
prestasi terbaik boleh melanjutkan pelajaran ke universiti. Pemindahan balik
boleh dilakukan dengan cara pelajar yang telah tamat pengajian ijazah mengikuti
latihan kemahiran di kojel teknik dan vokasional.
Antara cabaran yang dihadapi di
Afghanistan ialah bilangan pelajar yang mengikuti Pendidikan Teknik dan
Vokasional amat sedikit iaitu sekitar 20,000 sahaja dan di peringkat pengajian
tinggi hanya 60,000 pelajar sahaja. Selain itu, hanya terdapat 60 buah institusi
atau sekolah awam sahaja yang menawarkan Pendidikan Teknik dan Vokasional di
seluruh negara. Tetapi terdapat kira-kira 300 institusi swasta di seluruh
Afghanistan yang menawarkan pelbagai saiz, standard dan kualiti latihan teknik
dan vokasional yang berbeza. Program yang ditawarkan dan kurikulum yang diguna
pakai juga tidak berdasarkan keperluan pasaran. Garis panduan kurikulum yang lapuk
dan tidak memenuhi keperluan pendidikan sedia ada dan baru. Kekurangan tenaga
pengajar yang bersesuai juga menjadi isu utama di Afghanistan. Oleh itu, pelatih
yang kurang dan tidak berkelayakan terpaksa diambil yang mana kebanyakan mereka
hampir bersara dan menggunakan kaedah pengajaran yang ketinggalan zaman. Pendidikan
Teknik dan Vokasional juga dikawal oleh tiga kementerian kerajaan Afghanistan
iaitu Kementerian Pendidikan (MOE), Kementerian Pengajian Tinggi (MOHE) dan Ministry of Labor, Sosial Affair, Martyrs
and Disable (MOLSAMD). Ini membawa kepada sistem yang tidak efisien,
perpecahan dalam membuat polisi,masalah dalam kepaduan dan kerjasama. Pembiayaan
juga menjadi isu utama kerana bantuan yang diterima melalui Afghanistan Reconstruction Trust Fund (ARTF), bank dunia dan lain-lain penderma hanya
dalam tempoh jangka pendek sahaja. Ini kerana kos jangka panjang sangat mahal
dan mengambil masa yang lama untuk mendapat hasilnya.
Diskriminasi dalam pendidikan dan
kemiskinan merupakan masalah utama di Afghanistan tetapi tidak disentuh dalam
artikel ini.. Walaupun zaman pemerintahan Taliban telah 10 tahun berlalu, masih
terdapat kira-kira 1 juta kanak-kanak perempuan masih tidak ke sekolah.
Kerajaan dan UNICEF telah menumpukan usaha membangunkan peluang pembelajaran
untuk kanak-kanak perempuan pada tahun 2005. Ini kerana masalah keselamatan di
kawasan Selatan Afghanistan (Kabul) masih terdapat saki-baki tentera Taliban yang
menghalang hak wanita dan kanak-kanak perempuan mendapatkan pendidikan. Tradisi
juga menjadi penghalang dimana ibu bapa yang buta huruf percaya anak-anak mesti dibesarkan seperti mereka dan enggan
membenarkan anak-anak mendapat pendidikan. Selain itu kemiskinan juga
menyebabkan ibubapa tidak mampu menghantar anak ke sekolah. Kos Pendidikan
Teknik dan Vokasional agak tinggi berbanding pendidikan awam. Jarak rumah yang
jauh dari sekolah menghalang kanak-kanak mendapatkan pendidikan kerana ibu bapa
tidak mampu menyediakan pengangkutan ke sekolah.
3.0 Kesimpulan
Pendidikan Teknik dan Vokasional amat
diperlukan terutamanya di negara yang sedang pulih selepas peperangan. Ini
kerana ia mensasarkan peluang pekerjaan sebenar yang wujud di persekitaran
mereka. Ia juga sesuai untuk manusia membangunkan kehidupan mereka sendiri
berdasarkan kemahiran yang dimiliki. Agak sukar untuk mengubah persepsi yang
telah menjadi budaya mereka sejak sekian lama. Oleh itu, Kerajaan Afghanistan
perlu mewajibkan pendidikan bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan. Program
kesedaran awam di seluruh negara juga diperlukan untuk menukar minda dan
meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap kepentingan pendidikan anak-anak
mereka. Ia juga boleh dicapai melalui usahasama kerajaan dengan masyarakat
antarabangsa melalui projek jangka panjang. Kerajaan juga perlu mewujudkan satu
institusi tunggal yang mengawal standard dan kualiti kurikulum Pendidikan
Teknik dan Vokasional agar tidak terdapat percanggahan antara sekolah awam dan
swasta. Selain itu, kerajaan juga boleh bekerjasama dengan syarikat
antarabangsa dalam menempatkan belia berpendidikan bekerja dengan syarikat itu
selama beberapa tahun. Syarikat antarabangsa ini juga seharusnya mendirikan
syarikat pusat yang akan memberi latihan dan kursus jangka pendek kepada rakyat
Afghanistan. Industri dan sektor swasta juga seharusnya memberikan sumbangan
kewangan dan latihan mengikut keperluan pasaran.
Rujukan
1.
Frud
Bezhan (2010), ‘Discrimination in Afghan Education’ Dawai Independent Media
Center (DIMC)
2.
Barb
Harvey and friends ‘Women’s Equality in Afghanistan’, University of Victoria
Faculty of Law.
3.
Hafiza
Yazdany (2008) ‘Women in Afghanistan: Lack of Educational Opportunities’, EPU
Research Papers, Issue 08/08
4.
Karina
Veal (2012), ‘TVET in situations post-conflict and post-disaster’, Report of
the UNESCO-UNEVOC online conference
No comments:
Post a Comment