Friday 23 November 2012

Kuliah 20 Nov 2012

Kuliah pada hari ini banyak berkisar tentang  bagaimana menghasilkan artikel dan cara membaca artikel dengan betul agar lebih faham tajuk perkara dan isi kandungannya.  kuliah pada hari ini disampaikan oleh Dr. Amirmudin. Beliau banyak memberi pengetahuan dan bimbingan  kaedah membaca dan menghasilkan kertas konsep.

1. Apabila menghasilkan 'review &critics, perlu di buat berdasarkan 5W 1H  daripada artikel yang dibaca
2. Maklumat juga boleh diperolehi daripada indeks yang terdapat pada buku
3. Hendaklah membaca buku mengikut perenggan demi perenggan bukan berdasarkan ayat  kerana setiap perenggan akan menceritakan satu perkara samada proses, prosedur, kelebihan, kekurangan atau tema.
4. Letakkan kata kunci pada setiap hujung perenggan
5. Sekiranya di dalam artikel tersebut terdapat banyak proses, maka secara tidak langshng, ia telah dapat menghasilkan metaanalisis dan ini juga dapat menghasilkan artikel yang lebih berinformasi dan baik
6. Selain itu, bagi memudahkan kita, sistem pengurusan fail seperti End note amat penting bagi memastikan setiap bahan yang disimpan mudah diakses apabila ingin digunakan.
7. Kaedah Mind map dan brainstorming jugamerupakan kaedah yang terbaik bagi menghasilkan artikel yang baik.

Hasil refleksi ini disediakan oleh,
Noriadah binti Abdul Karim
Sarjana Pend. (PEngurusan dan Pentadbiran)
Universiti Teknologi Malaysia 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...